APA ITU HIBAH?


Hibah

Tahukah anda juga bahawa anda boleh menghibahkan pampasan takaful jika berlakunya kematian? Tetapi, apa pula hibah?
Hibah dalam bahasa mudahnya ialah pemberian atau hadiah yang diberi semasa hayat pemberi atas dasar kasih sayang. Jika lebih teknikal, hibah adalah pemberian sama ada dalam bentuk ain atau manfaat, manakala mengikut istilah syarak, ianya suatu akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain ketika tempoh hidupnya tanpa sebarang balasan (‘iwad). Hibah juga adalah satu amalah sunat yang digalakkan dalam Islam.
 

Terdapat empat (4) rukun hibah:

  1. Pemberi hibah (al-wahib)
    Pemberi mestilah seorang yang sempurna akal, baligh dan juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan serta berkuasa penuh ke atas hartanya.
  2. Penerima hibah (al-mawhub lahu)
    Sesiapa sahaja boleh menjadi penerima, asal boleh memiliki harta. Bagi yang belum mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hendaklah ada wali atau pemegang amanah yang boleh menerima hibah untuk pihaknya.
  3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub)
    Halal, bernilai di sisi syarak, milik sempurna pemberi hibah, boleh diserah milik dan wujud pada masa hibah.
  4. Lafaz ijab dan kabul (sighah)
    Lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Apa pula kelebihan hibah?

Apabila anda menghibahkan pampasan anda pada orang tersayang, anda dalam masa yang sama menjamin masa depan mereka. Sebarang pampasan yang anda tinggalkan akan diagihkan pada yang anda mahu mengikut kehendak anda. Ini boleh membantu menyelesaikan hutang anda yang tidak sempat diselesaikan semasa hayat.
 
Selain itu, pampasan yang anda telah hibahkan tidak boleh dituntut oleh waris lain dan boleh mengelakkan perebutan harta yang ditinggalkan kepada anak dan/atau pasangan anda.
 
Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi Kami